Wednesday, 28 December 2011

PLSCHKD di TV9

PLSCHKD dengan bangganya telah terlibat dalam menjayakan program televisyen Raudah TV9 pada 28 Oktober yang lalu. Acara bertempat di Masjid Kuning, Kota Damansara.


Dalam siaran pagi hari tersebut, skuad demo UIA Gombak dan Kota Damansara telah bergabung tenaga menunjukkan persembahan terbaik. 

Serentak dengan itu, pengambilan ahli baru juga telah dibuka dan kelas asas sedang berjalan pada masa ini. 

Penyelia PLSCHKD juga telah dijemput menyampaikan sepatah dua kata dalam siaran TV pagi tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada TV9 atas jemputan, dan terima kasih juga kepada skuad UIA kerana sudi bersama-sama kami di Kota Damansara.

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Selamat datang ke blog Pusat Latihan Silat Cekak Hanafi Kota Damansara (PLSCHKD).

Blog ini ialah laman terkini menggantikan blog yang lama, dan bercadang untuk memuatkan makluman-makluman terbaru mengenai aktiviti-aktiviti, kegiatan-kegiatan dan acara-acara yang dilakukan oleh komuniti Silat Cekak Kota Damansara.

Buat masa ini, PLSCHKD diterajui oleh saudara Mohd Ezuwan bin Enjah dan dibantu oleh saudara Fairuz. 

PLSCHKD juga mempunyai barisan jurulatih yang gigih menyampaikan ilmu silat cekak kepada para penuntut, setiap Selasa (malam Rabu) dan Jumaat (malam Sabtu).

PLSCHKD juga berterima kasih kepada Persatuan Penduduk Seksyen 6 Kota Damansara atas kesudian memberi kebenaran menjalankan latihan di sini.


Untuk sebarang maklumat lanjut, bolehlah mengajukan soalan kepada ADMIN melalui emel: plcekakhanafikd@gmail.com.